Sunday, 21 August 2011

CINTA

Aku x tahu apa erti cinta.Cinta yg aku maksudkan ialah cinta antara XX dan XY.Aku cuba mencari ape makna cinta.Apa rasanya apabila menyayangi dan disayangi.Ape pula kaitannya dgn rindu.Tapi x pernah aku jumpa jawapan untuk soalan ni.Soalan yang lagi susah dari subjek sains.Mungkin kerana cinta itu sesuatu yang abstrak.Sama seperti seni yang sukar ditafsir dan tafsirannya pula berbeza-beza bagi setiap individu.



Adakah apabila seorang lelaki melihat perempuan yang cantik,kiut,hot,popular lalu timbul perasaan untuk mengenalinya dgn lebih dekat,cuba mengusha-usha,itu yang dinamakan cinta?Samalah juga apabila pompuan melihat lelaki yang hensem,jambu lalu timbul prasaan untuk mendekatinya.Selepas lama berkenal-kenalan,pastu korang declare yang korang dah kapel.Mulalah bagitahu satu dunia yang korang dah kapel.post kat fb la,tukar korang punye status kat fb la.Letak gambar manje2 korang berdua lah.Aku x kisah pon pasal bende tu.Itu hak korang kan.Ikut suka ati korang la..

Bagi aku,itu bukanlah sebenar-benar cinta.Itu lebih kepada prasaan ingin memiliki.Bila korang tengok kawan2 korang atau sape2 yang berjalan besama pasangan masing2,bergurau senda bersama-sama,keluar bersama-sama,pergi bazar same2 bli makanan. la.Bagi korang yang takde pakwe atau makwe,mungkin korang rase diri korang kekurangan.Rase korang ni x hensem atau x  cantik,x menarik.Mungkin jugak korang rase sunyi.Pasal tu lah ramai orang yg mudah sangat bercinta,berkapel.Asal ade je yang mengurat,ajak kapel,terus je korang stuju.Xkanlah cinta semudah itu.Mestilah x kan?

Kalau korang single lagi,xde pakwe atau xde makwe,tak wujudnya istilah yg korang ni x cantik atau x cukup menarik untuk orang lain menyayangi korang.Korang patut rasa lebih lega sebab korang x terlibat dalam cinta segera ni.Perasaan yang sementara bagi mengisi kesunyian di hati.Sebab itu org mudah sangat berkapel dan mudah sangat putus.Dan bila rase dah bosan dgn pasangan masing2,mulalah cari laen pulak.Lepas putus je,terus je kapel pulak dengan org laen.Ade sorang minah dekat kem plkn aku dulu,dia baru je putus dengan pakwe dia selepas beberapa minggu kapel.Tu pun kapel mase kenal kat sane.Lepas diorang putus je sebab laki tu suke kat minah lain,pastu aku dengar pompuan tu dah kapel dengan org laen pulak.Sehari selepas putus.Bayangkan...Punyelah cepat cinta berganti.Punyelah cepat dapat pengganti.

Aku ade dengar ceramah hari tu.Salah satu perkara yang diceritakan oleh ustaz tu ialah pasal anak luar nikah.Statistik menunjukkan yang majoriti yang melakuakan perbuatan yg hina ini adalah orang mlayu.Kalau dah nama melayu dah tentulah org Islam kan.Ak cuma x boleh terima sangat pasal bende ni.Ak taula korang bercinta,berkapel.Tapi kenapa ada yang menzahirkan prasaan cinta terhadap pasasngan masing-masing dengan melakukan hubungan yang x halal bagi mereka ketika itu.Sampai dapat anak luar nikah pulak tu.Adakah itu menunjukkan yg korang benar2  mencintai antara satu sama lain.Belum kahwin tapi dah macam orang kawin pulak.

Mungkin pasal ni lah sebab ramai org kata kapel tu haram.Sebab bila korang kapel,mesti korang nak dating la,duduk berdua-duan la.last2 terlanjur.Aku x cakap semua nye camtu.Tapi mesti banyak jugak yg macam tu kan.Kalau x,xkan la anak luar nikah yg berdaftar kat jabatan pendaftaran ramai giler.Tu yg berdaftar je,yg x brdaftar brape ramai pula?.Yg maen campak2 je bayi tu pulak brape banyak?Ce kire.

Apabila seorang lelaki mempunyai prasaan suka kat pompuan ataupun sebaliknya,bagi aku itu x salah sebab normal lah laki tertarik dekat pompuan dan pompuan tertarik dekat lelaki.Itu dah lumrah.Kerna semuanya diciptakan berpasangan.Cuma janganlah menzahirkan rase cinta tu same macam org barat yang terlalu bebas pemikiran dan tingkah laku mereka.Bila bercinta nak pegang2 la,ringan2 la dan yang paling teruk mungkin sampai terlanjur.Itu bukan cara kita.

Kerna cinta itu suci,indah,bersih.Jagalah leklok prasaan tu.dan kalau betullah itu rasa cinta,berkawanlah leklok.Sampailah korang rase dah sampai mase untuk kawen.Pastu,kawen lah.Pastu dapat anak banyak2.Pastu korang berbahagialah dengan cinta suci korang tu.Prasaan yang korang jaga dari hari pertama rasa cinta itu timbul dalam hati korang..........










No comments:

Post a Comment